• Utama
  • Tentang Kami
  • PERKHIDMATAN KAMI
    • Pembelian & Pemasangan Aircond
    • Jenis Aircond
    • Service Aircond
  • TIPS PENJAGAAN AIRCOND
  • Hubungi Kami

Search This Blog

Powered by Blogger.

INDAH DINGIN SOLUTION

Bilakah kali terakhir aircond di kediaman anda atau di premis kedai anda di service? Jangan hanya guna sahaja tanpa di service secara berkala oleh aircondman yang bertauliah kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan aircond rosak, tidak dapat berfungsi dengan optimum dan boleh menyebabkan meningkatnya penggunaan tenaga elektrik. 



INDAH DINGIN SOLUTION mempunyai kepakaran dalam service aircond. Antara kaedah yang kami gunakan ialah dengan menggunakan chemical. Menggunakan chemical? Bagaimana tu? 


Anda boleh lihat perkongsian kami di Yotube Channel kami iaitu INDAH DINGIN SOLUTION. Sila tekan link di bawah ini untuk melihat bagaimana cara mudah service aircond menggunakan chemical.
https://youtu.be/Ysnc8z7zFEg
Cara Service Aircond Menggunakan Chemical



Semoga perkongsian kami ini bermanfaat buat anda. Jangan lupa Subscribe kami di Youtube Channel untuk mendapatkan lebih banyak ilmu dan perkongsian dari kami di INDAH DINGIN SOLUTION. Nantikan lebih banyak perkongsian video dari kami dan anda juga boleh Follow kami dia social media channel kami yang lain. 


Dapatkan Tips Penjagaan Penyaman Udara yang dibawakan oleh kami, INDAH DINGIN SOLUTION yang akan kami kongsikan dari semasa ke semasa.




Jika anda inginkan service aircond atau membuat pembelian aircond, anda boleh hubungi kami atau terus datang ke kedai kami. Kami bersedia membantu anda dengan memberikan service yang berkualiti pada harga yang sangat berpatutan. Bagi pembelian dan pemasangan aircond pula, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kami untuk mendapatkan aircond yang terbaik dan sesuai untuk kediaman atau premis anda.


Hubungi kami DI SINI.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kenapa perlu saya rekemen anda untuk buat service aircond?
Siapa saya untuk rekemen anda untuk buat service aircond?


Saya rekemen anda untuk anda membuat service aircond di atas pengalaman saya, apa yang bakal terjadi selepas 1 tahun atau 2 tahun aircond yang tak pernah service.

"Ehh aircond saya ok jee! dah 2 tahun tak pernah service ok je."

Yer betul "ok" tetapi apa yg berlaku di dalam aircond anda, anda tidak pernah tahu, bila dah bukak baru tahu dan ada yg terkejut kenapa aircond dia begitu kotor.



Antara sebab kenapa perlu service aircond:


1) Untuk memastikan jangka hayat aircond tahan lebih lama.

2) Meringankan beban komponen-komponen di dalam aircond kerana kotoran, habuk serta kulat yang sudah pun dibersihkan dan sekaligus dapat menjimatkan elektrik.

3) memastikan udara yang bersih. Bayangkan aircond anda penuh dengan habuk secara tak langsung anda bernafas sambil menyedut habuk yang berada di dalam sesuatu ruang "contoh di dalam bilik".


Sebenarnya banyak lagi tetapi cukup setakat ini pencerahan dari saya ''SAIFUL ANAM"
- JURUTEKNIK AIRCOND ANDA
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kami kongsikan dengan anda, sekitar kerja-kerja pemasangan aircond jenama ACSON 1.0HP di rumah pelanggan kami di Cheras, Selangor. 








Kami menjalankan kerja pemasangan aircond dengan teliti, kemas dan terjamin kualiti kerja kami untuk memberikan yang terbaik buat pelanggan kami. Selepas kerja-kerja pemasangan dijalankan, kami akan memastikan kerja dijalankan dengan sempurna dan kami akan bersihkan habuk atau serpihan simen kesan daripada tebukan pada dinding. 


Anda pasti berpuas hati dengan hasil kerja kami. Ini adalah jaminan dan SOP daripada syarikat kami, INDAH DINGIN SOLUTION.





Jika anda ingin membeli aircond dan membuat pemasangan, anda boleh hubungi kami. Kami akan memberikan yang terbaik buat anda. 

INDAH DINGIN SOLUTION/WHATSAPP
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tahukah anda, adalah bahaya jika anda tidak menyenggara unit penyaman udara anda dengan baik? Lebih-lebih lagi dengan cuaca beriklim tropika seperti Malaysia.

Kewujudan penyaman udara boleh mengawal suhu di tempat kerja dan juga rumah. Namun jiga tidak disenggara dengan baik, ia juga boleh memudaratkan kesihatan.

Jika anda tidak menyenggara penyaman udara anda, udara yang tercemar tidak dapat dibersihkan oleh unit penyaman udara anda. Hasilnya anda akan bernafas dalam udara yang tidak sihat dan dicemari oleh kotoran dan habuk. Ini mengakibatkan penyakit seperti asma, alahan, resdung dan banyak lagi. Apabila bakteria, virus atau kulat mula terkumpul dalam sistem penyaman udara anda, tentulah kesannya lebih buruk lagi!

Jika anda biarkan penyaman udara anda tidak diservis atau disenggara, setiap kali anda memasang penyaman udara anda, anda akan terus menerus menghidu udara yang tidak bersih. Anda haruslah memastikan sistem penyaman udara anda sentiasa diservis dan disenggara dengan baik oleh professional.


Oleh sebab itu kami di INDAH DINGIN SOLUTION ingin berkongsi dengan anda bahaya jika anda tidak menyeggara penyaman udara anda dengan baik.

Penyenggaraan penyaman udara yang disediakan oleh syarikat penyenggaraan profesional datang dalam pelbagai bentuk, bergantung kepada jenis pengeluar penyaman udara, tahap penggunaanya, dan faktor persekitaran yang lain.

Penyenggaraan asas merangkumi proses menyedut habuk yang terkumpul; mencabut dan membersih penapis; membersihkan unit pemeluwapan, gegelung penyejat, roda peniup dan bilah kipas, dulang saliran; membersih paip saliran; mengesan masalah bunyi; sistem penyejukan dan komponen elektrik.



Unit penyaman udara perlu diservis secara berkala oleh juruteknik bertauliah bagi memastikan ia dapat berfungsi secara optimum dan selamat.


7 sebab kenapa unit penyaman udara perlu diservis.



1. Memanjangkan jangka hayat
Servis berkala penting supaya unit penyaman udara anda boleh beroperasi tanpa beban yang tinggi. Ia juga dapat memanjangkan jangka hayat unit penyaman udara anda. Kecekapan unit untuk beroperasi seperti asal bakal berkurangan di sebabkan kotoran pada penyejat dan pemeluwap jika unit tidak atau jarang diservis.


2. Udara bersih
Untuk mendapatkan udara bersih, unit penyaman udara hendaklah diservis mengikut jadual yang ditetapkan. Ini kerana semasa servis, penapis udara telah dibersihkan bagi menjamin kualiti udara lebih baik. Jadi anda akan terhindar daripada penyakit seperti alahan, resdung dan juga asma!


3. Mengelak kebocoran
Selain itu saluran air juga boleh tersumbat jika unit penyaman udara anda tidak diservis mengikut jadual. Kebiasaannya ia tersumbat disebabkan oleh lumut dan habuk. Saluran yang tersumbat akan menyebabkan air menitis ke lantai rumah anda.


4. Menjimatkan elektrik
Unit dapat beroperasi dengan cekap jika ia diservis mengikut jadual. Tenaga tambahan juga tidak diperlukan untuk unit beroperasi. Bil elektrik anda boleh meningkat kerana tenaga tambahan atau beban tambahan ini.



5. Kesan masalah kerosakan lebih awal
Jika terdapat sebarang masalah, juruteknik dapat mengesan ia lebih awal ketika servis. Ini dapat mengelakkan perbelanjaan besar untuk kos penyelenggaraan dan untuk mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.



6. Nasihat pakar
Anda boleh mendapatkan nasihat tentang apa sahaja yang berkaitan dengan unit penyaman udara daripada juruteknik yang datang sewaktu perkhidmatan servis. Secara tak langsung anda dapat menambahkan pengetahuan anda dalam bidang ini.



7. Keselamatan
Paling utama, unit penyaman udara anda perlu diservis disebabkan soal KESELAMATAN. Anda haruslah mengutamakan keselamatan anda dan juga orang lain. Perkhidmatan servis yang kerap akan menjamin keselamatan unit dari segi pendawaian elektrik dan juga punca bekalan kuasa.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

INDAH DINGIN SOLUTION (002377285-K)
Your Aircondman




PERKHIDMATAN PENGHAWA DINGIN
RUMAH/ PEJABAT / KEDAI
"KUALA LUMPUR & SELANGOR "

Pemasangan / Servis / Membaiki / Menjual aircond baru


We are local service for air conditioner based in Kuala Lumpur. We open reservation slot for:

Kuala Lumpur
PJ
PJS
SHAH ALAM
SEMENYIH
KEPONG





Hubungi kami untuk maklumat lanjut dan anda boleh berhubung dengan kami DI SINI.

Atau boleh terus Whatsapp atau Call di No di bawah:
018 - 966 2627

Share
Tweet
Pin
Share
No comments



LOKASI:

02 Deretan Kedai Hadapan Seri Anggerik
Batu 4, Jalan Kelang Lama,
58200 Kuala Lumpur, Malaysia

(Operation Hour: 09:00 - 18:30)



CONTACT NO:

018 - 966 2627




INDAH DINGIN SOLUTION




INDAH DINGIN SOLUTION




INDAH DINGIN SOLUTION 




Untuk berhubung dengan pantas, anda boleh terus Whatsapp kami dengan menekan Whatsapp Link di bawah:
INDAH DINGIN SOLUTION/WHATSAPP
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

About Us

My photo
INDAH DINGIN SOLUTION
View my complete profile

INDAH DINGIN SOLUTION (002377285-K)

About Us

''Your Aircond Man''

PERKHIDMATAN KAMI: PENGHAWA DINGIN RUMAH / PEJABAT / KEDAI / PEMASANGAN / SERVIS / MEMBAIKI / MENJUAL AIRCOND BARU & LAMA

LOKASI: 02, DERETAN KEDAI HADAPAN SERI ANGGERIK, BATU 4, JALAN KELANG LAMA, 58200 KUALA LUMPUR, MALAYSIA

HUBUNGI KAMI: 018 - 966 2627

WAKTU OPERASI: 09:00 - 18:30

OUR YOUTUBE CHANNEL

OUR YOUTUBE CHANNEL
CLICK HERE TO SUBSCRIBE

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • pinterest
  • youtube

recent posts

Popular Posts

Categories

  • INDAH DINGIN SOLUTION
  • Pembelian Dan Pemasangan Aircond
  • Saiful Anam Juruteknik Aircond Anda
  • Tips Penjagaan Penyaman Udara

Blog Archive

  • August 2020 (3)
  • July 2020 (3)

Like Us On Facebook

Created with by ThemeXpose